DuitOnline1Dunia.com

FAQ - SOALAN LAZIM

Berapa bayaran pakej keahlian paling murah untuk sertai Atomy?
» Menyertai sebagai ahli Atomy adalah 100% percuma dan tiada pakej keahlian seperti perniagaan MLM lain

Bagaimana cara untuk menjadi ahli Atomy?
» Untuk sertai Atomy anda memerlukan penaja. Hanya ahli Atomy yang sah dan mempunyai ID No Keahlian Atomy boleh mendaftar anda sebagai ahli

Berapa had umur minima yang layak menyertai ahli Atomy?
» Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas untuk layak menyertai keahlian Atomy

Boleh kah saya mendaftar atau membuka lebih dari satu akaun ahli di Atomy?
» Tidak boleh. Satu nama hanya dibenarkan satu ID Keahlian sahaja. Bagaimana pun anda boleh menaja anak anak atau saudara mara lain ikut sertai syarikat ini. Suami isteri perlu berkongsi akaun yang sama dan adalah salah jika pasangan suami isteri mempunyai akaun Atomy secara berasingan yang boleh membawa kepada membership termination.

Apa kah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar keahlian?
» Anda perlu ada Kad Pengenalan untuk tujuan tersebut. Setiap pemohon perlu muat naik softcopy kad pengenalan untuk mendaftar sebelum diluluskan oleh pihak syarikat Atomy. Dokumen kad pengenalan adalah wajib.

Boleh kah saya mengajak saudara atau kawan di Indonesia dan Singapore menyertai Atomy?
» Jika anda sudah mempunyai No ID Keahlian Atomy, anda boleh mengajak atau menaja sesiapa saja di negara negara yang mempunyai cawangan Atomy untuk sertai syarikat ini. Sekarang ini Atomy sudah beroperasi secara sah di 10 buah negara selain Korea iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Taiwan, Singapore, Kemboja, Filipina. Malaysia dan Mexico. Ini bermakna anda boleh menaja kawan anda di Singapore menyertai Atomy tetapi belum boleh menaja kawan di Indonesia menjadi ahli

Boleh kah seorang yang muflis mendaftar ahli Atomy?
» Tidak boleh

Apa kah keahlian Atomy seumur hidup?
» Keahlian Atomy anda akan terus kekal selamanya dengan hanya perlu membuat satu pembelian produk setiap tahun tidak peduli berapa pun harganya. Satu pembelian saja akan mengekalkan keahlian anda selama setahun

Apa berlaku jika saya gagal buat belian pada tahun kedua?
» Gagal membuat walau pun satu belian setahun akan menamatkan keahlian anda di Atomy dan anda akan hilang segalanya termasuk downline downline, PV, GPV dan segala pencapaian anda sebelumnya.Oleh itu pastikan anda membeli sekurang kurangnya satu item produk (walau pun paling murah) dan keahlian anda akan terus kekal aktif.

Bila saya boleh order produk dan bagaimana caranya?
» Bila anda sudah ada ID No Keahlian Atomy nanti, anda boleh login ke backoffice anda di website syarikat dan buat belian dari situ. Boleh pilih apa produk yang anda mahu dan anda membuat bayaran terus ke bank atas nama syarikat Atomy Malaysia Sdn Bhd (bukan ke pihak ketiga lain). Sila rujuk panduan membeli produk serta video langkah demi langkah yang disediakan dalam laman ini

Halaman 1 2 3 4 NEXT


DuitOnline1Dunia.com © 2018