DuitOnline1Dunia.com

FAQ - SOALAN LAZIM

Berapa banyak saya perlu order atau beli barang?
» Atomy tidak memaksa anda membeli dalam jumlah tertentu. Anda bebas tentukan sendiri apa produk yang anda mahu dan berapa banyak. Berbelanja lah keatas produk produk yang benar benar anda perlukan dan tidak ada paksaan sama sekali. Ia tak ubah seperti anda masuk mini market atau supermarket, anda yang tentukan apa yang anda mahu beli dan jumlahnya. Tiap pembelian anda akan mendapat PV dimana PV inilah yang akan menjadi penentu jumlah bonus anda selain GPV kumpulan anda.

Apa maksud PV dan apa pula GPV?
» PV adalah singkatan perkataan Point Value atau Purchase Value iaitu nilai mata yang diberi pada sesuatu produk atau set produk. Misalnya Set Penjagaan Gigi Atomy, harganya USD13.50 dan PV nya ialah 4.900. Set Penjagaan Rambut dan Tubuh berharga USD41.00 dan PV nya 10,000. Personal PV atau PV peribadi ialah jumlah PV produk produk yang anda telah beli dan ianya akan dicampur dari masa ke semasa. Contoh, bulan Sept anda beli Set Penjagaan Gigi, maka PV anda ialah 4,900, Katakan bulan Oktober anda beli pula Set Penjagaan Rambut dan Tubuh USD41,00 dan anda dapat lagi 10,000. Jadi PV September dan PV Oktober akan dicampur menjadikan 14,900. Setiap kali anda belanja, maka PV anda akan bertimbun dan bertambah. Sebab itu di Atomy, semua orang boleh mendapat bonus, cuma cepat dan lambat saja. GPV adalah singkatan kepada perkatan Group Point Value atau Nilai Mata Kumpulan. Ia merujuk kepada jumlah keseluruhan PV produk yang dibeli oleh downline downline dibawah anda iaitu di kiri dan kanan hiraki binari anda. PV dan GPV adalah kayu ukur dalam menentukan bonus yang layak anda dapat harian atau bulanan.

Saya tidak ada banyak modal. Boleh kah saya beli sedikit sedikit dulu?
» Sudah tentu boleh kerana sistem Atomy memang tidak akan membebankan sesiapa pun malah anda menjadi ahli pun percuma. Tidak semestinya anda perlu beli 10,000 PV. Anda boleh beli apa pun produk yang anda mampu. Yang pasti tiap kali anda beli, anda mendapat PV. Dan PV ini akan dicampur. Sampai satu masa, sudah tentu PV anda akan mencapai 10,000 dan seterusnya. Ketika ini anda sudah mula mendapat bonus jika anda ikut kongsikan peluang berbelanja hebat di Atomy ini dengan kawan kawan lain. Bila ramai yang menyertai anda sebagai ahli dan berbelanja seperti anda, maka anda sudah boleh mendapat pendapatan RM100 sehari atau RM3,000 sebulan dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa jika anda terus memilih Atomy untuk membeli barangan keperluan harian anda. Anda tidak mendapat ini semua jika membeli di mini market, 7 Eleven atau di supermarket.

Ramai yang mahu sertai Atomy tetapi syarikat cuma benarkan satu orang sponsor dua orang ahli baru saja. Apa yang saya perlu buat kerana ramai kawan yang mahu ikut saya di Atomy?
» Benar. Dalam sistem backoffice website syarikat Atomy, setiap ID N0 Ahli hanya boleh menaja dua orang saja. Bagaimana pun di website support www.duitonline1dunia, anda boleh sponsor seberapa ramai orang yang anda mahu. Lagi ramai lagi bagus. Kenapa? Alasannya ialah begini: Katakan anda sponsor 50 orang mengguna link www.duitonline1dunia.com/username. Anda boleh sponsor dua orang yang pertama dari 50 orang tadi sebagai "direct downline" pertama di kiri dan kanan akaun Atomy anda. Anda susun satu di kiri dan satu di kanan. Manakala baki 48 orang lagi itu anda boleh guna ID No ahli di bawah anda samada di kaki kiri atau kaki kanan untuk sponsor mereka itu. Anda tak perlu risau kerana Atomy tidak menyediakan Bonus Sponsor. Anda tidak kehilangan bonus apa apa pun. Jadi dari 48 orang tadi itu 24 orang anda boleh susun di kiri dan 24 orang susun di kanan. So downline anda di bawah setidaknya akan mendapat downline hasil spillover/limpahan dari anda. Tetapi anda disarankan hanya menyusun orang yang anda cari itu di sebelah kaki downline anda saja agar kelak terbentuk powerline di kiri dan kanan akaun anda (umpama cucuk sate). Dalam Pelan Binari, adalah penting membina powerline begini agar ramai downline di bawah mendapat limpahan ahli. Bila powerline ini sudah membesar, misalnya ada 500 atau seribu atau lebih bilangannya, ia akan menyumbangkan synergi kepada anda dan ketika itu anda akan menerima bonus harian tanpa henti bila downline di bawah berbelanja membeli barangan perlu di Atomy. Dengan keahlian PERCUMA, mengajak kawan seramai mungkin sertai Atomy tidak menjadi masalah dan ribuan malah ratusan ribu orang akan menyertai Atomy. Ini antara sebab keahlian Atomy bertambah tidak kurang 200,000 orang sebulan dan kini sudah lebih 7 juta orang di 10 buah negara.

Boleh kah seseorang yang muflis sertai Atomy?
» Tidak boleh kerana seseorang yang muflis lazimnya tidak memiliki akaun bank yang sah atas nama mereka. Jadi dia tidak boleh menerima bonus kerana syarikat akan membayar bonus terus ke akaun bank atas nama pemilik akaun Atomy itu sendiri. Maksudnya jika Ahmad adalah ahli Atomy, akaun bank juga perlu atas nama beliau sendiri, tidak boleh atas nama yang berbeza

Bagaimana sususan ahli yang telah mendaftar di DuitOnline1Dunia.Com ini bila didaftarkan di website rasmi syarikat Atomy nanti? Apakah admin yang akan membuat susunan?
» Tidak. Setiap ahli perlu menyusun sendiri orang/ahli yang mereka sponsor/taja ikut kemahuan sendiri. Oleh itu amat penting setiap ahli di DuitOnline1Dunia.Com mengetahui cara yang betul untuk mendaftar dan menyusun ahli baru di bawah mereka. Latihan dan bimbingan berkaitan perkara ini akan diberi nanti. Ini amat penting untuk "speed up" proses pendaftaran ahli baru di website syarikat kerana difahamkan "approval" atau kelulusan keahlian di syarikat Atomy bukan secara automatik dan segera sebaliknya mengambil sedikit masa untuk semakan kerana pihak pengurusan perlu memastikan mereka yang mendaftar di Atomy ini memenuhi syarat tertentu yang diwajibkan.

Apa perlu saya buat selepas link/url saya sudah diaktifkan?
» Kalau anda mahukan income dari perniagaan Atomy ini, share dan kongsikan link/url anda itu ke seramai kawan dan prospek agar mereka mendapat maklumat tentang perniagaan hebat ini. Anda tidak pun perlu tahu semua perkara tentang Atomy kerana link/url anda itu akan menceritakan segalanya tentang Atomy kepada kawan dan prospek anda. Bila kawan dan prospek anda mendaftar melalui link/url anda, secara automatik mereka menjadi downline anda. Mudah kan?

Kenapa admin kena kan syarat tidak boleh promosikan link/url secara terbuka di internet?. Tidak kah ini akan melambatkan perkembangan bisnes Atomy ini?
» Peraturan itu PENTING dan perlu dipatuhi kerana Atomy tidak membenarkan promosi atas nama Atomy secara terbuka. Tiap ahli wajib patuhi larangan ini. Bagaimana pun promosi masih boleh dilakukan tanpa mengguna nama atau logo Atomy secara terbuka. Ya, proses mengembangkan jaringan mungkin sedikit perlahan kerana peraturan ini tapi masih banyak pilihan lain yang boleh dilakukan.

Saya telah mendapat ID No Keahlian Atomy. Bagaimana caranya untuk saya mendaftar ahli baru ke website rasmi Atomy Malaysia www.atomy.com/my ?
» Langkah langkah atau step untuk mendaftar ahli baru serta cara verifikasi akaun ada dijelaskan menerusi video mahu pun keterangan bertulis dan bergambar dalam laman web ini. Anda WAJIB membaca semua kandungan dalam laman ini untuk menguasai bisnes ini sepenuhnya. Pihak kami telah sediakan segalanya untuk kemudahan semua ahli kumpulan ini.

Bagaimana kah langkah langkah untuk buat belian produk di Atomy Shopping Mall dan kaedah pembayaran?
» Sila rujuk dan penerangan di page Produk

PREVHalaman 1 2 3 4 NEXT


DuitOnline1Dunia.com © 2018