DuitOnline1Dunia.com

FAQ - SOALAN LAZIM

Kenapa saya tidak dapat login ke website Atomy selepas 3 hari borang verifikasi dihantar?
» Ada banyak sebab kenapa ini boleh berlaku. Antaranya ialah (1) Borang anda tidak jelas dan sukar dibaca (2) Maklumat yang diisi dalam borang tidak sama dengan maklumat anda semasa didaftarkan online oleh penaja (3) Foto kad pengenalan dalam borang anda mengguna kaedah copy dan paste dan bukan gambar foto yang diambil kamera atau hp (4) Anda buat kiriman borang banyak kali dan mengelirukan pihak pengurusan (5) Borang anda tidak lengkap diisi seperti tiada tandatangan, tiada No ID atau nama penaja dll

Apa perlu dibuat jika tidak dapat login selepas 3 hari borang verifikasi diupload.kirim ke syarikat?
» Anda perlu email ke support_my@atomy.kr dengan menggunakan email semasa anda mendaftar. Letak Tajuk Email yang jelas untuk dapat perhatian segera daripada pihak syarikat. Contohnya: CANNOT LOGIN AFTER 3 DAYS REGISTRATION FORM SUMMITTED FOR ID NO SXXXXXXX. Kemudian nyatakan masalah anda dan tanya apa sebab masih tidak boleh login (anything wrong with my Membership Resgistration Form) untuk dapatkan maklumat jelas dan tindakan pembetulan boleh dibuat dan borang dikirim semula.

Pihak admin DuitOnline1Dunia.Com tidak ada sediakan Group Whatsapp untuk memudahkan ahli ahli bertanyakan dan mendapat maklumat lain?
» Kami sediakan beberapa group whatsapp untuk tujuan yang anda nyatakan. Sila berhubung terus dengan penaja anda atau maklumkan ke admin jika anda mahu sertai Group Whatsapp Atomy

Apa keperluan membeli 10K PV dan berapa anggaran perbelanjaan dalam Ringgit Malaysia?
» Atomy tidak menetapkan had minima pembelian. Walau semurah mana pun produk yang anda perlu dan mampu, anda boleh beli. Keperluan membeli 10K PV itu hanya untuk ahli ahli yang serius mahu menjana pendapatan segera dan mahu kembangkan network perniagaan Atomy mereka. Ini kerana 10K PV adalah syarat asas dan terendah PV peribadi untuk melayakkan mendapat bonus bila network dan GPV network sudah membesar melebihi 300K GPV. Ini adalah permulaan untuk mendapatkan bonus USD25 (RM100) sehari atau USD750 (RM3000) sebulan. Anggaran 10K PV lebih kurang antara RM100 ~ RM150 bergantung kepada jenis produk yang dipilih. Angka tepat tidak boleh diberi disebabkan setiap produk masing masing mempunyai PV berbeza. Untuk lebih tepat, sila semak PV produk di Atomy Shopping Mall setelah anda login ke website www.atomy.com/my

Boleh kah saya membeli terus sebanyak 300K PV atau 700K PV atau 2.4 mil PV kerana saya ingin membina network yang besar dan cepat untuk capai sasaran pendapatan tertentu?
» Boleh tetapi Atomy tidak menggalakkan amalan ini namun ia bukan satu halangan terutamanya jika anda menjangka network dan GPV group anda berkembang dengan cepat dan besar. Ini mungkin anda boleh lakukan bila perlu terutamanya untuk elakkan "flushing" GPV yang banyak. Misalnya jika anda jangkakan GPV anda dalam bulan pertama dan kedua boleh mencecah jutaan, anda boleh membeli dengan jumlah banyak untuk mencapai sasaran PV peribadi. Jika anda adalah peniaga dan mahu membuat jualan runcit dan memiliki butik, farmasi atau kedai sendiri misalnya, membeli secara pukal (kuantiti besar) adalah digalakkan malah menguntungkan kerana harga per unit produk akan jatuh jauh lebih murah berbanding membeli satu unit.

Ada kah pihak syarikat Atomy akan menyediakan web replika Atomy atau url peribadi setelah saya mendaftar keahlian Atomy dan membuat belian produk?
» Syarikat Atomy tidak menyediakan sebarang web replika peribadi. Anda hanya akan mendapat ID No Keahlian Atomy, pejabat maya (backoffice) dan mungkin beberapa perkara lagi. Dari pejabat maya inilah anda boleh membuat pesanan produk, mendaftar ahli baru dan berurusan dengan syarikat. Ini antara sebab kenapa admin sediakan web support/replika DuitOnline1Dunia.Com/username untuk anda agar anda mudah untuk kembangkan network dan menjalankan perniagaan ini. Web support ini Bahasa Malaysia ini membolehkan mereka yang kurang memahami Bahasa Inggeris dapat sertai dan jalankan bisnes ini memandangkan web rasmi Atomy Malaysia dalam Bahasa Inggeris

Bagaimana Dengan Status Halal Produk Produk Atomy?
» Semua produk Atomy untuk pasaran Malaysia akan melalui proses mendapatkan sijil halal JAKIM untuk pasaran Malaysia. Bagaimana pun proses ini mengambil masa agak lama kerana perlu melalui inspection berperingkat. Apa pun jangan sempitkan pengesahan Halal itu dengan JAKIM semata mata kerana di dunia ini terdapat banyak Halal Certification Bodies di negara negera tertentu di mana Sijil Halal badan badan atau organisasi berkenaan diiktiraf oleh JAKIM. Anda boleh akses maklumat tentang ini di http://www.halal.gov.my/v4/images/pdf/cb020115.pdf (dalam bentuk pdf). Malah Atomy mendahulukan produk produk berasaskan natural dan alami tanpa unsur haiwan dalam pembuatannya untuk pasaran Malaysia, khususnya produk produk kegunaan luaran terutamanya kosmetik dan produk produk penjagaan diri dan rumah tangga yang bukan pemakanan.

Di Mana Saya Boleh Dapatkan Senarai Harga Produk Produk Atomy?
» Berbeza dengan mana mana perniagaan online atau MLM lain, harga produk Atomy (samada harga runcit atau harga ahli) cuma boleh dilihat oleh ahli ahli berdaftar Atomy sahaja. Ianya eklusif untuk ahli ahli. Bila anda sudah mendapat ID No Keahlian Atomy nanti, anda boleh login ke link website Atomy Malaysia mengguna No ID berkenaan serta Password anda nanti. Setelah itu anda boleh lihat senarai harga untuk semua produk dan anda boleh jugamembuat belian.

Saya telah berjaya membuat belian produk serta bayaran ke pihak syarikat Atomy?. Tetapi selepas 3 hari PV saya belum pun masuk. Kenapa jadi begini?
» Besar kemungkinan kerana (1) Semasa membuat bayaran internet banking antara 2 bank berbeza (interbank transfer, misalnya dari Maybank ke UOB)), anda tidak memilih kaedah INSTANT TRANSFER, menyebabkan bayaran anda itu floating beberapa hari dan tidak diterima oleh syarikat pada hari yang sama (2) Anda mungkin lupa meletakkan ORDER NO/INVOICE NO diruang RECIPENT DETAILS menyebabkan syarikat tidak tahu bayaran itu untuk Order No/Invoice No mana satu. Biasanya jika dua kes begini berlaku, pesanan/invoce order anda akan dibatalkan dan wang anda akan dikembalikan. Sebaiknya hubungi segera pihak pengurusan syarikat untuk dapatkan penjelasan serta tindakan seanjutnya

Saya berjaya mendaftar kawan saya dan telah pun mendapat ID No Keahlian serta Password. Tapi kenapa setelah disemak, didapati nama kawan saya serta No IDnya tiada dalam geneologi/hiraki sebagai downline saya?
» Ini pernah dan sering berlaku kerana semasa mendaftar ahli baru, penaja atau upline tidak menyemak betul betul ID No dan Nama Penaja semasa proses mengisi borang pendaftaran ahli baru secara online. Hal yang sama berlaku kepada anda kerana berkemungkinan besar ID No Penaja yang anda masukkan tidak betul dan ini diburukkan lagi oleh kegagalan anda menyemak Nama Penaja kepada kawan anda itu, menyebabkan kawan anda itu didaftarkan di bawah orang lain sebagai penaja. Adalah penting anda menyemak betul betul sebelum meneruskan proses pendaftaran langkah demi langkah

PREVHalaman 1 2 3 4 NEXT


DuitOnline1Dunia.com © 2018