DuitOnline1Dunia.com

INFO SYARIKAT ATOMY
 

Atomy Malaysia Sdn Bhd adalah subsidiari atau cawangan Syarikat Atomy Co Ltd yang diasaskan pada tahun 2009 di Korea Selatan oleh Han-Gill Park sebagai sebuah syarikat pemasaran berbilang aras (MLM) perdana bertaraf dunia yang menggabungkan hampir semua struktur perniagaan dari R & D, pembuatan dan produksi, pemasaran serta perkhidmatan. Encik Park memilih pemasaran berangkaian atau jualan langsung berbilang aras kerana bertujuan untuk menawarkan produk yang berkualiti pada tingkat harga yang semurah mungkin secara relatif. Kebanyakan produk Atomy adalah unik, eksklusif dan dipatenkan dihampir semua negara ia beroperasi. Dalam tempoh kurang lebih 7 tahun ditubuhkan, Atomy kini mempunyai cawangan cawangan global seperti Atomy USA, Atomy Canada, Atomy Japan, Atomy Taiwan, Atomy Singapore, Atomy Philippines, Atomy Cambodia, Atomy Malaysia dan terkini Atomy Mexico. Atomy Thailand, Atomy Vietnam dan Atomy Indonesia dijadualkan dibuka pada tahun 2017 ini. Selain itu Atomy juga telah membuka pasaran untuk pelanggan pelanggan di Australia, India, Brazil, Russia dan Colombia sebelum syarikat ini ke Eropah, Amerika Selatan dan seterusnya ke ratusan negara lagi.

Produk Atomy terhasil dari kerjasama dua buah syarikat iaitu Institut Tenaga Atom Korea (KAERI) dan Kolmar Korea. Usahasama kedua dua syarikat ini membawa kepada penubuhan syarikat usahasama bernama Sun Bio Tech. Pada tahun 2006, Sun Bio Tech menjadi syarikat usahasama pertama yang mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi. SBT kini dinamakan Kolmar B & H bermaksud Kolmar Health And Beauty (Kecantikan dan Kesihatan).

 Tentang KAERI

Institut Tenaga Atom Korea (KAERI) membangun pelakuran nuklear dan teknologi radiasi fusion. Mereka bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan pembangunan Kolmar Kecantikan dan Kesihatan. KAERI adalah sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan pada 3 Februari pada tahun 1959 sebagai Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi pertama di Korea yang bertanggungjawab meningkatkan kualiti hidup orang ramai secara menyeluruh. Sepanjang 50 tahun yang lalu, KAERI telah menjadi penggerak di sebalik pertumbuhan ekonomi negara Korea dan terus menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan menggunakan nuklear sebagai sumber tenaga utama. KAERI mengukuhkan daya saing perindustrian Korea melalui pemindahan sains dan teknologi canggih.

 

 

Tentang KOLMAR

Kolmar Kecantikan dan Kesihatan adalah sebuah syarikat OEM (pengeluar peralatan asal) dan ODM (pengilang reka bentuk asal) yang mengeluarkan kosmetik, farmaseutikal dan makanan tambahan kesihatan. Kolmar B & H telah ditubuhkan pada bulan Mei 1990 dan merupakan salah satu daripada sembilan syarikat Kolmar global yang teknologi dan pengetahuannya telah dibangunkan sejak 90 tahun yang lalu bermula di Milwaukee Wisconsin, Amerika Syarikat pada tahun 1921 sebagai Kolmar.

 

 

 

 

Atomy Global Network

Atomy Korea

Atomy USA

Atomy Japan

Atomy Canada

Atomy Taiwan

Atomy Singapore

Atomy Cambodia

Atomy Philippines

Atomy Malaysia 

Atomy Mexico

 

Klik untuk lihat VIDEO INTRO PELANCARAN ATOMY MALAYSIA

Klik untuk lihat VIDEO OFIS ATOMY MALAYSIA

 

Lesen AJL Atomy Malaysia

 

 

Pautan ke Website Korporat Atomy

Pautan ke Page Login Keahlian Atomy

 

,,,

...

Global Atomy Insight 2020

DuitOnline1Dunia.com © 2018