DuitOnline1Dunia.com

PELAN PEMASARAN ATOMY

 

Atomy atau Atomy Malaysia mengguna pakai Pelan Pemasaran Binari aka Binary Compensation Plan untuk menentukan agihan bonus kepada ahli ahli. Bagaimana pun Pelan Pemasaran Binari Atomy (Atomy Pay Plan) ini amat unik, tiada duanya dan berbeza dengan mana mana pelan pemasaran binari yang diguna oleh hampir semua syarikat MLM lain sejak dulu hinggalah sekarang. Kenapa perlunya perbezaan dan kelainan ini?

Sebab dan alasan utamanya ialah kerana Atomy dan CEO nya Han-Gill Park mahu memastikan syarikat Atomy memberi keadilan dalam agihan bonus dan mahu melihat semua ahli yang menyertai Atomy dapat menikmati keuntungan dan kebajikan sama rata, sama adil. Ini kerana semua pelan pemasaran syarikat MLM lain yang ada di pasaran ketika ini cuma memberi keuntungan yang besar kepada sekelompok kecil ahli yang berada di puncak "piramid" sedangkan ahli ahli di bawah yang merupakan golongan teramai terpaksa berkongsi "kek ekonomi" yang kecil. Justru CEO Atomy, Han Gill Park mahu kebiasaan yang tidak adil sekian lama dalam industri MLM dunia ini diubah dan beliau mahu memastikan piramid MLM diterbalikkan agar lebih ramai orang mendapat manfaat dari Atomy. Inilah puncanya kenapa Pelan Pemasaran Binari Atomy amat unik dan berbeza, Tanpa Pakej Keahlian, Tanpa Yuran Penyertaan, Tanpa Bonus Sponsor, Tanpa Bonus Roll Up, Tanpa Belian Wajib Bulanan dan pastinya Tanpa Tekanan, Resiko dan banyak lagi.


Pelan Pemasaran Atomy amat ringkas dan "simple" terdiri dari 3 katogeri bonus yang mudah untuk sesiapa saja mendapatkannya dan boleh menikmati manfaat sebenar keahlian mereka di Atomy. Atomy memperuntukkan "Pay Out" setinggi 70% untuk pembayaran bonus, satu kadar yang cukup tinggi berbanding mana mana juga syarikat MLM gergasi lain di pasaran dunia ketika ini. Syarikat hanya mengambil baki 30% untuk keperluan pengurusan, permbangunan berterusan syarikat dan sebagainya. Dari 70% peruntukan inilah Atomy membayar 3 jenis bonus kepada ahli ahli yang layak iaitu General Bonus (44%), Master Bonus (20%) dan Center Fee Bonus (6%)


Di Atomy ahli ahli diklasifikasikan kepada 5 katogeri mengikut  PV perbelanjaan peribadi masing masing (akumulasi), tidak peduli samada pembelian produk itu untuk kegunaan sendiri atau untuk jualan. PV ini adalah antara penentu jumlah bonus yang ahli itu bakal dapat nanti. Setiap produk yang dibeli ada PV (Purchase Value) masing masing.

 

Jika perbelanjaan peribadi 10K ~ 300K PV ahli itu berstatus Sales Representative, 301K ~ 700K PV berstatus Agent, 701K ~ 1,500K PV berstatus Special Agent, 1,501K ~ 2,400K PV berstatus Dealer dan 2.400K PV ke atas berstatus Exclusive Distributor. Hitungan PV adalah sistem timbuhan, bermaksud semua orang boleh mencapainya, bezanya lambat dan cepat sahaja. Bagi yang kerap berbelanja produk keperluan harian di Atomy atau membuat jualan, cepatlah ahli itu mencapai tahap Exclusive Distributor iaitu kunci utama mendapat USD 100,000 (RM 400,000++) sebulan.

 

1. GENERAL BONUS - 44%

General Bonus atau kerap disebut Bonus Pasangan (Pairing Bonus) bermaksud bonus yang dibayar apabila berlaku keseimbangan Group Point Value (GPV) kaki kiri dan kanan. Atomy peruntukkan 44% dari 70% Pay Out (tertinggi dalam pasaran untuk sebuah syarikat bertaraf MultiNasional) untuk membayar Pairing Bonus Ini.

Terdapat 8 tahap (level) agihan Pairing Bonus ini dan bonus akan bertambah mengikut pencapaian dan pertambahan GPV seseorang ahli (rujuk jadual General Bonus di bawah).

* GPV akan dibawa kehadapan (akumulasi) sehingga mencukupi untuk berlaku pairing

* GPV akan flush kiri dan kanan bila berlaku pairing (GPV flushing ini diguna untuk tampung konsep bebas maintain)

* Perbelanjaan minima 10K PV (RM100++) sudah layak mendapat bonus bila GPV kiri dan kanan minima 300K

* Belanja seminima berapa PV pun setahun ditahun berikutnya untuk kekalkan akaun dan terus mendapat bonus.

* Bonus Pairing dikira setiap hari selepas jam 12 pm waktu Korea Selatan dan bonus dibayar terus ke akaun bank

Dalam nota sebelumnya telah disebut bahawa dengan hanya mula berbelanja 10K PV (membeli beberapa set penjagaan gigi Atomy atau set penjagaan rambut umpamanya) dan berkongsi peluang Atomy dengan dua orang kawan, anda sudah berkelayakan menjana pendapatan USD 25 setiap hari (RM3,000 sebulan). Tetapi tidak mungkin anda dan kawan serta downline di bawah anda hanya akan membeli 1 set penjagaan gigi setahun sekali malah besar kemungkinan anda dan mereka mereka yang lain juga akan membeli banyak lagi barang keperluan harian lain yang ada seperti shampoo, gel mandian, barangan keperluan dapur dan macam macam lagi yang ada di Atomy. Maka pertambahan PV anda tidak mungkin 10K saja sebulan atau setahun. Ia boleh menjadi 500 PV sebulan malah ada yang akan berbelanja ratusan ribu PV sebulan kerana produk produk buatan Korea memang diiktiraf dan diperakui kualitinya di banyak negara seluruh dunia termasuk Malaysia.

Di Atomy apa saja PV yang anda dapat dari perbelanjaan anda ke atas barangan Atomy, PV berkenaan akan dihimpun (akumulasi atau sistem timbunan) tanpa had masa. Misalnya jika anda cuma berbelanja 10K PV saja sebulan (anda sudah status Sales Representative), setelah 12 bulan jumlahnya sudah menjadi 100K PV. Dan setelah melepasi 3 tahun, jumlah PV anda sudah 300K (anda cuma berbelanja sendiri dan tidak pun menjual apa apa). Sebaik PV anda terkumpul 300K PV (anda ketika ini adalah Agent) dan GPV yang terhasil oleh ahli ahli di bawah anda telah mencukupi 300K kiri dan kanan, bonus harian anda juga akan ikut bertambah dari USD 25 ke USD 75 sehari atau dari RM3,000 sebulan ke RM9,000 sebulan. Ini berdasarkan anda berbelanja 10K PV saja sebulan untuk membeli barangan keperluan (bukan membazir beli barang tidak perlu seperti di banyak MLM lain). Di Atomy...

a. Tiada Bonus Penajaan (sponsor)

b. Satu nama hanya layak satu ID No Keahlian (1 akaun) dan suami isteri berkongsi Kod Akaun.

c. Satu ID No hanya dibenarkan sponsor 2 orang sahaja.

Jika anda mempunyai ramai kenalan atau mampu mengajak ramai orang menyertai Atomy, anda perlu gunakan ID No ahli bawahan anda sebagai penaja (introducer). Tidak susah untuk mempelawa kawan atau jiran sertai Atomy kerana tiada yuran atau bayaran yang perlu mereka keluarkan. Sekadar menjadi ahli dan belilah apa jua produk yang mereka perlukan. Cuma semudah itu untuk menjana kewangan di Atomy.

Berapa Banyak Bonus Boleh Dapat?

Berapa banyak pendapatan dan bonus yang anda boleh dapat bergantung kepada berapa banyak yang anda mahu dan pastinya ia bergantung kepada usaha anda sendiri serta perbelanjaan anda di Atomy. Bagaimana pun Atomy telah tetapkan General Bonus atau Pairing Bonus maksima cuma USD 1,500 sehari atau USD 50,000 sebulan bersamaan RM200,000++. Ini sudah cukup lumayan kerana ia belum termasuk Master Bonus serta Rewards.

Berapa banyak dan berapa cepat pendapatan yang anda mahu, anda boleh tentukan terutamanya jika anda memilih meniagakan produk produk Atomy atau anda menjadikan Atomy sebagai "pasaraya" pilihan anda dengan membeli semua barangan keperluan harian dan bermusim anda di Atomy. Cara ini akan menyebabkan PV anda terhimpun banyak dengan pantas dan kelayakan anda untuk mendapat bonus lebih besar ikut meningkat. Jika semua downline anda juga menjadikan Atomy sebagai premis utama untuk berbelanja barangan keperluan masing masing, bonus anda serta bonus mereka masing masing akan terus besar dan berganda. Mari kita lihat contoh penjelasan di bawah:

* Potensi pendapatan di atas cuma anggaran saja. Sebarang kekeliruan perlu rujuk Pelan Pemasaran Atomy Malaysia nanti.

Merujuk kepada jadual potensi pendapatan General Bonus di atas, ditahap awal anda mungkin hanya berbelanja 10K PV saja (beli set berus dan ubat gigi misalnya). Downline anda turut berbelanja. Bila GPV anda di kiri dan kanan mencukupi 300K, anda mendapat bonus USD25. Jika anda terus berbelanja atau membeli dan meniagakan produk produk Atomy, PV anda akan bertimbun bertambah dengan cepat. Bila PV peribadi anda sudah capai 300 PV, anda sudah layak untuk mendapat USD 75 harian. Jika ditahap PV anda sudah 300K ini dan GPV kumpulan downline di bawah makin berkembang dan menyumbangkan GPV 300K atau lebih sehari, anda akan mendapat bonus hari hari sebanyak USD 75 atau bersamaan RM300 sehari bila GPV 300K berlaku hari hari. Apa yang baik ialah walau pun anda berbelanja 10K PV saja diawal pembelian, anda boleh mendapat RM3,000 tiap tiap bulan selama setahun dan RM3,000 ini akan anda terus dapat jika anda terus berbelanja sekecil mana pun PV ditahun berikutnya. Ini tak ubah umpama wang pencen atau disebut residual income.
 
Satu ketika bila PV terkumpul anda mencecah 2.4 juta, dan GPV harian anda mencecah 6 juta, ketika itu bonus harian anda sudah USD 750 sehari iaitu anggaran RM90,000 lebih sebulan. Malah waktu ini anda sudah pun layak mendapat satu lagi bonus iaitu Master Bonus (keterangan di bawah). Konsep perniagaan di Atomy hanyalah berbelanja barangan perlu sambil menikmati pendapatan tambahan secara santai tanpa sebarang tekanan. Bagaimana pun bagi yang memilih untuk berniaga secara serius atau aktif membantu pasukan membina rangkaian ahli, pendapatan Bonus Pairing maksima boleh mencecah sehingga lebih RM200,000 sebulan dalam masa yang lebih cepat.

Berapa Keuntungan Jualan Runcit?

Keuntungan jualan runcit adalah berbeza beza antara 20% ~ 116% bergantung kepada kuantiti pembelian. Lebih banyak anda beli, lebih murah harga per unit dan lebih besar untung runcitnya jika anda menjual. Jadi kalau ingin membuat jualan, belilah dalam kuantiti yang lebih besar.

Ambil contoh produk HemoHIM (anti kanser dan penguat imune tubuh)

Pembelian 1 kotak (Agent) USD 159 = USD 159 per unit

Pembelian 2 kotak (Special Agent) USD 234 = USD 117 per unit

Pembelian 3 kotak (Dealership) USD 294 = USD 98 per unit

Pembelian 4 kotak (Exclusive Distribuotr) USD 352 = USD 88 per unit

 

2. MASTER BONUS - 20%

* Pengiktirafan rasmi kenaikan Pangkat Diamond Master dan ke atas hanya akan dibuat oleh syarikat setelah ahli mengekalkan status tersebut sebanyak 1 kali (untuk Sales Master, Diamond Master & Sharon Rose Master) manakala perlu kekalkan 3 kali (Star Master & ke atas)

Bila PV pembelian/penggunaan/penjualan peribadi mencecah 700K dan GPV kiri dan kanan mencapai 2,500,000, anda akan mendaki pangkat Sales Master. Anggaran Master Bonus anda ketika ini ialah USD 2,000 selain mendapat Rewards produk 1 Set HemoHIM, 1 Set Skincare 6 System + 1 Set Evening Care. Dicampur General Bonus (Bonus Pairing) USD 4,000, total bonus anda sebagai Sales Master adalah USD 6,000 atau bersamaan lebih kurang RM24,000 sebulan.

Setelah 2 ahli di bawah anda kiri dan kanan ada yang mencapai pangkat Sales Master (tidak peduli siapa yang sponsor mereka), anda akan mendaki pangkat Diamond Master. Anggaran total bonus anda ketika ini ialah USD15,000 atau RM60,000 sebulan selain mendapat rewards yang diyatakan. Dan seterusnya jika anda telah mencapai pangkat tertinggi Imperial Master, pendapatan bulanan anda ketika ini sudah USD 100,000 atau RM400,000 keatas sebulan. Anda juga akan mendapat rewards Wang Tunai USD 1,000,000 (RM 4,000,000), Sebuah Kereta Mewah Pilihan Anda, 1 Unit Premis Perniagaan, Seorang Setiausaha, Seorang Pemandu Peribadi, Percutian Mewah ke Eropah Untuk 4 Orang serta Kad Kredit Syarikat Bernilai USD, 10,000 sebulan.

* Mungkin anda agak risau dengan angka jutaan GPV yang perlu dicapai. Jangan resah kerana kebanyakan nilai PV produk di Atomy adalah dalam angka puluhan dan ratusan ribu PV setiap satu, mengikut mata wang Won Korea.

 

3. CENTER FEE - 6%

6% dari 70% Pay Out akan diasingkan untuk peruntukan kepada ahli ahli berpangkat Master bagi menampung kos operasi pusat pusat latihan Atomy di bawah kendalian mereka. Agihan peruntukan fee ini mestilah tidak lebih 35% dari pendapatan jualan mereka. Mana mana ahli berpangkat Master layak untuk memohon mengendalikan pusat latihan masing masing dan syarikat akan mempertimbangkannya. Anda akan mendapat lagi tambahan 6% komisyen dari perkembangan network yang bermula di center anda.

 

Melihat kepada "track record" Atomy dari awal hingga sekarang, dengan keahlian hampir 6 juta orang di 8 buah negara  dan dengan peningkatan jumlah jualan serta pertumbuhan syarikat antara 30% ~ 40% setahun (jualan tahun 2015 saja mencecah lebih RM 3 billion) serta dengan pertambahan rangkaian produk antara 30 hingga 50 jenis setahun, potensi Atomy memang amat besar sekali. Atomy akan menjadi sebuah mini market atau pasaraya online terbesar dalam waktu terdekat nanti dan setiap orang mempunyai banyak pilihan untuk berbelanja produk keperluan harian masing masing di sini. Ianya murah tetapi berkualiti mewah, murah dan berkualiti kerana program ini mendapat dokongan terus pemerintah Korea Selatan, inilah satu satunya MLM yang mendapat dokongan penuh dari sebuah kerajaan di dunia hari ini.

Tidak sahaja anda malah downline downline anda mahu pun siapa juga yang menyertai Atomy akan berbelanja di sini jika mereka diberi peluang mendapatkan produk produk keperluan harian eklusif yang pelbagai pada harga relatif murah dan kualiti produk yang tanpa kompromi. Malah produk produk Atomy seperti produk kecantikan dan penjagaan kulit misalnya mempunyai jaminan "Money Back Guarantee", anda dan pelanggan boleh tuntut wang kembali 100% jika produk tidak memberi kesan kebaikan. Maka anda dan ramai yang lain akan berbelanja di Atomy tanpa ragu ragu. PV dan GPV anda akan bertambah dari hari ke hari tanpa anda sedar. Ini bukan membeli barang tidak perlu untuk mendapat bonus seperti dalam MLM lain sebaliknya anda berbelanja ke atas barangan keperluan harian yang sememangnya anda guna selama ini dan bonus akan datang dengan sendirinya.

 

PELUANG YANG BESAR

Kenapa Atomy merupakan satu peuang yang amat besar?

1. Sebuah syarikat mega MultiNasional dengan kepakaran teknologi tinggi yang mendapat dokongan pemerintah.

2. Dapat mulai perniagaan dengan keahlian PERCUMA, satu satunya syarikat Gergasi MultiNasional lima bintang yang membuka peluang begini.

3. Tanpa modal terus boleh jalankan perniagaan tulin (genuince) di pasaran global di 8 buah negara ketika ini dan menyusul 38 buah negara dan seterusnya ke seluruh dunia. Boderless Market.

4. Purata kadar pertumbuhan syarikat 30% ~40% setahun dan pertambahan produk antara 30 ~ 50 jenis setahun adalah "signal" potensi lebih besar ahli ahli Atomy di masa hadapan.

5. Produk kualiti kelas dunia teknologi tinggi dan sebahagian dari nya dipatenkan menjadikan Atomy sebuah syarikat eklusif kerana kurang saingan justru produk yang sukar diduplikasi dan ditiru.

6. Jaminan Wang DiKembalikan (Money Back Guarantee) akan membina keyakinan dalam diri pelanggan untuk berbelanja dan "shopping" di Atomy. Products Speak Them Selves.

7. Menyediakan pebagai produk asas keperluan harian berkualiti tapi murah, menjamin "volume" dan "repat sales" yang tinggi seterusnya komisyen atau bonus yang besar kepada ahli ahli.

8. Satu satunya syarikat MLM gergasi MultiNasional yang membayar "pay out" bonus tertinggi iaitu sehingga 70%.

9. Satu nama satu ID Keahlian sahaja dan boleh lakukan penajaan ke seluruh dunia dengan had penajaan peribadi maksima dua orang menjadikan Atomy adalah satu bentuk perniagaan atau komuniti usahawan yang saling bantu membantu dan mementingkan ukhwah dan silaturrahim. Satu sistem  "cross line preventive" yang mencegah perebutan dan perbalahan sesama ahli.

10. Satu sistem agihan bonus dan kebajikan lebih merata yang menterbalikkan "piramid MLM" yang tidak adil selama ini bagi memberi peluang lebih ramai kepada rakyat biasa menikmati kekayaan tanpa "income gap" yang besar dikalangan mereka. Ini kerana KAERI (Pusat Tenaga Atom Korea) yang merupakan sebahagian dari Atomy dilahirkan atas wang dan cukai rakyat.

11. Atomy mampu memberi pendapatan residual yang mudah malah berpanjangan seumpama "wang pencen". Malah perniagaan ini dijalankan secara sah, berdaftar dan berlesen lengkap di setiap negara operasinya. Maka pendapatan di Atomy boleh diwariskan untuk generasi kemudian.

12. Komisyen dan bonus dibayar mingguan dan dwi mingguan terus ke akaun bank tempatan ahli ahli. Salinan dokumen pengenalan diri diwajibkan untuk menyertai Atomy, keperluan bagi mengelak manipulasi dan perbuatan penipuan oleh pihak yang tamak dan tidak bertanggungjawab.

 * Untuk melihat Pelan Pemasaran rasmi Atomy, sila ke website koperat Atomy, pilih negara anda di "drop down menu" di penjuru kanan atas laman berkenaan. Kemudian klik banner Marketing Plan di laman utama (homepage). Sentiasa merujuk pelan pemasaran rasmi ini untuk elakkan sebarang kekeliruan.

 

KELEBIHAN PELAN PEMASARAN DAN PERNIAGAAN ATOMY

Atomy mengekalkan Pelan Pemasaran yang sama pada asasnya untuk semua negara di dunia, Ahli Atomy hanya memerlukan satu ID No Keahlian saja (PERCUMA) dan boleh menjalankan perniagaan ini ke seluruh dunia dan bercakap tentang bonus dan ganjaran yang sama saja di mana negara juga, mudah dan tidak mengelirukan. Jika anda mempunyai rangkaian ahli diluar negara, pembelian serta segala perbelanjaan mereka ini akan dihitung dalam kiraan bonus anda. Peluang dan potensi mendapatkan pendapatan besar hasil dari perbelanjaan ahli ahli dalam rangkaian di seluruh dunia memang terbuka luas dari Pelan Pemasaran Binari Global Atomy ini. 1ni yang dimaksudkan Duit Online 1 Dunia di laman support ini. 1 Dunia 1 Pelan Pemasaran.

Jika anda ada saudara, kenalan atau kawan di luar negara, segera kongsikan peluang penjimatan perbelanjaan sambil menjana pendapatan di Atomy ini kepada mereka agar network anda boleh berkembang ke seluruh dunia. Cuma kirim link peribadi laman support www.DuitOnline1Dunia.Com milik anda kepada prospek anda itu kerana laman ini boleh diakses dalam pelbagai bahasa dengan adanya kemudahan "Google Translator" untuk pilihan bahasa.

 

Ada persoalan?

Sila baca di page Q &A

 

Tonton Video Presentasi Pelan Pemasaran Berikut Untuk Lebih Memahami

 Atomy Pay Plan Video Presentation

 

 Tonton Video Panduan Mendaftar & Mengesahkan Ahli Baru Di Website Atomy

 
 
 

DuitOnline1Dunia.com © 2018